LAZAT untuk sarapan atau minum petang.
LAZAT untuk sarapan atau minum petang.
Siti Nadirah Hafidzin

Setiap ibu perlu kreatif dalam menyediakan hidangan lazat dan berkhasiat buat seisi keluarga. Walaupun bukan mudah, ia antara cabaran yang perlu disahut bagi memastikan setiap ahli keluarga terutama si kecil menikmati hidangan yang disediakan secara sihat di rumah.

Hidangan sarapan atau minum petang untuk kanak-kanak juga perlulah sesuai, berkhasiat dan sedap bagi memastikan mereka mengambil makanan sihat secara berterusan.

Keenakan hidangan itu juga sedikit sebanyak mampu mengawal selera si kecil supaya cita rasa dan minat mereka tidak cenderung kepada makanan segera.

Tidak perlu meluangkan masa sehingga satu jam, penyediaan roti gulung sosej antara menu sesuai dan berkhasiat khusus untuk kanak-kanak juga golongan dewasa.

Hanya mengambil masa kurang 30 minit, kakitangan kerajaan, Fadilah Hashim berkongsi resipi mudah menyediakan roti gulung sosej yang lazat dan berkhasiat.

Menurut Fadilah, menggunakan bahan mudah iaitu roti, sosej sama ada ayam atau daging, majerin, oat, telur dan minyak untuk menggoreng, hidangan itu boleh disediakan dengan pantas walaupun buat ibu berkerjaya yang sentiasa sibuk pada waktu pagi.

“Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas dan boleh dijadikan pembuka selera seisi keluarga. Ia juga boleh menjadi bekalan makanan ke sekolah buat si kecil dan orang dewasa.

“Roti ini juga boleh dijadikan menu minum petang pada hujung minggu, jamuan hari lahir atau disajikan kepada tetamu yang datang secara tiba-tiba jika anda tidak mempunyai bahan masakan lain,” katanya.

Panduan

Untuk lebih khasiat, anda boleh menggantikan roti putih dengan roti mil penuh atau perang. Hidangkan bersama salad yang disediakan menggunakan sayur kegemaran anak anda.

BAHAN diperlukan adalah roti, sosej (sama ada ayam atau daging), majerin, telur dan oat.
BAHAN diperlukan adalah roti, sosej (sama ada ayam atau daging), majerin, telur dan oat.

1. SAPUKAN marjerin pada roti.
1. SAPUKAN marjerin pada roti.

2. LETAKKAN sosej yang sudah dicelur dan gulung.
2. LETAKKAN sosej yang sudah dicelur dan gulung.

3. CELUPKAN gulungan roti ke dalam telur.
3. CELUPKAN gulungan roti ke dalam telur.

4. KEMUDIAN, salut gulungan roti dengan oat.
4. KEMUDIAN, salut gulungan roti dengan oat.

5. PANASKAN minyak dan goreng roti hingga kuning keemasan.
5. PANASKAN minyak dan goreng roti hingga kuning keemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 12:41 PM