SEDIA dihidangkan. Ikan patin bakar ini enak dimakan bersama nasi panas.
SEDIA dihidangkan. Ikan patin bakar ini enak dimakan bersama nasi panas.
Intan Mas Ayu Shahimi


Kesuntukan masa menyediakan hidangan untuk keluarga selepas pulang dari tempat kerja berlaku pada hampir setiap ibu berkerjaya.

Mengeluarkan bahan masakan dari ruangan sejuk beku, mencuci, menyediakan rencah, menumis, merebus, menggoreng, segalanya memerlukan kepantasan luar biasa.

Jika tidak, besar kemungkinan anak dan suami hanya sempat menjamah nasi berlaukkan telur dadar dan kicap.

Sebenarnya, kerja memasak tidaklah sukar. Memasak juga tidak memerlukan bakat khusus untuk menjadikan sajian yang dihidang enak dan lazat. Memadai jika anda bijak merasa.

Rahsia juadah enak terletak pada lidah individu yang memasak itu sendiri. Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang baru berjinak-jinak ke dapur, luangkan sedikit masa untuk merasa bahan asas masakan seperti rempah ratus, jenis bawang, daun herba, sos, kicap dan sebagainya.

Begitu juga ketika menjamah makanan di kedai. Perhatikan rasa, bau, bahan kasar dan tekstur sajian sebagai panduan memasak di rumah.

Sebagai percubaan untuk mereka yang masih amatur di dapur, apa kata cuba resipi ringkas ikan patin bakar. Ia bukan saja mudah, tetapi dijamin berupaya menambat hati suami serta anak-anak.

Paling penting, sajian ringkas ini mampu menutup kekurangan anda sebagai orang baru di dapur. Ini bermakna, anda boleh mencuba resepi sama untuk menambat hati mentua dan saudara apabila mereka datang bertandang.

Usah bimbang dengan pemilihan jenis ikan. Jika anda bukan peminat ikan sungai, pilih sama ada kerisi, kembung atau tenggiri. Seeloknya gunakan ikan isi putih kerana lebih manis dan mudah disesuaikan dengan rasa bahan perapan.

Sajian ini boleh dipanggang, grill atau digoreng seperti biasa. Namun untuk cita rasa lebih sihat, kurangkan tabiat menggoreng dalam aktiviti memasak!

BAHAN-BAHAN

• 1 ekor ikan patin (boleh pilih ikan atau ayam)

• 4 inci halia (separa lumat)

• 1 labu bawang putih (separa lumat)

• 2 batang serai (dicincang)

• 1 sudu cili giling

• 4 sudu sos tiram

• 1 sudu serbuk kunyit

• Secubit garam dan gula

TIP

• Pastikan bahan-bahan ditumbuk separa lumat untuk mendapatkan tekstur menarik. Bahan yang ditumbuk terlalu lumat boleh menghasilkan air berlebihan ketika proses memasak.

• Seeloknya, potong ikan yang besar kepada dua bahagian. Ikan kecil tidak perlu dipotong. Kecuali jika anda mahu menghidangkan dalam bahagian yang kecil.

• Jika anda memilih ikan patin, gunakan limau nipis untuk membersihkan kotoran dan lebihan lemak di bahagian perut.

• Gunakan kuali menggoreng tidak melekat untuk hasil terbaik.

• Selain ikan, bahan perapan juga sesuai untuk ayam, sotong dan daging.

1. SEDIAKAN semua bahan. Toskan ikan.
1. SEDIAKAN semua bahan. Toskan ikan.

2. SEDIAKAN bekas yang dialas dengan plastik untuk memudahkan proses meratakan bahan. Masukkan ikan.
2. SEDIAKAN bekas yang dialas dengan plastik untuk memudahkan proses meratakan bahan. Masukkan ikan.

3. SATUKAN semua bahan dimulai dengan bawang putih, halia, serai, serbuk kunyit, cili giling dan perasakan dengan baik. Ratakan.
3. SATUKAN semua bahan dimulai dengan bawang putih, halia, serai, serbuk kunyit, cili giling dan perasakan dengan baik. Ratakan.

4. PANASKAN kuali. Masukkan sesudu minyak.
4. PANASKAN kuali. Masukkan sesudu minyak.

5. SUSUN ikan bersama bahan perapan. Kemudian tutup.
5. SUSUN ikan bersama bahan perapan. Kemudian tutup.

6. AKHIR sekali, pastikan semua bahagian ikan dimasak sempurna.
6. AKHIR sekali, pastikan semua bahagian ikan dimasak sempurna.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2017 @ 12:30 PM