REBUS seketika sosej ayam atau daging. Angkat dan toskan. Sapu mentega pada roti.
REBUS seketika sosej ayam atau daging. Angkat dan toskan. Sapu mentega pada roti.
LETAKKAN sosej di atas roti yang sudah disapu mentega tadi dan gulung rapat.
LETAKKAN sosej di atas roti yang sudah disapu mentega tadi dan gulung rapat.
CELUP roti yang siap digulung ke dalam telur.
CELUP roti yang siap digulung ke dalam telur.
KEMUDIAN, golekkan roti dalam mangkuk berisi Nestum. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
KEMUDIAN, golekkan roti dalam mangkuk berisi Nestum. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
ROTI goreng mentega Nestum sedia dihidang.
ROTI goreng mentega Nestum sedia dihidang.
Siti Nadirah Hafidzin


Selepas beberapa hari meraikan Aidilfitri, anak-anak mula merenung saja kek dan biskut raya yang pernah menggoda seleranya ketika berpuasa. Ketika ini, sebagai ibu, kita sendiri mula mencari hidangan yang ringkas tetapi menarik, apatah lagi ramai yang sudah pun berpuasa enam.

Bagi yang masih buntu mencari menu yang sesuai untuk sarapan atau minum petang, bolehlah mencuba Roti Goreng Mentega Nestum.

Hidangan yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang 20 minit ini juga sesuai dihidangkan untuk jamuan rumah terbuka khususnya bagi orang bujang yang mahu menjamu rakan taulan. Ia juga menjadi penyelamat yang lazat dan menyelerakan terutama apabila menerima kedatangan tetamu yang tidak diduga.

Anda tidak perlu jadi tukang masak mahir untuk menyediakan hidangan ini. Malah kos penyediaan yang rendah dan tempoh memasak yang singkat menjadikan ia pilihan terbaik supaya anda tidak perlu berada terlalu lama di dapur.

Enak dinikmati ketika panas. Namun lebih sedap jika digandingkan dengan minuman panas kegemaran anda dan keluarga. Untuk menjadikan ia lebih berkhasiat, sajikan ia bersama hirisan sayur-sayuran atau salad buah.

Bagi menarik minat anak, cucuk hirisan sayur dengan lidi comel supaya mereka rasa teruja untuk menikmatinya. Kakitangan kerajaan, Fadilah Hashim berkongsi cara penyediaan Roti Goreng Mentega Nestum yang menyelerakan.

Bahan-bahan

• Roti (kuantiti mengikut jumlah dikehendaki)

• Mentega

• Nestum secukupnya

• Sebiji/dua biji telur ayam

• Sosej ayam atau daging

• Minyak untuk menggoreng

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 12:01 AM