Tesco Malaysia

DI bulan Ramadan bulan bermakna ini, Tesco menyajikan juadah istimewa pembuka selera di antaranya bergedil daging, sambal sotong, tofu telur berkuah dan masak lemak cili api cendawan.

Bergedil daging

Bahan-bahan:

• 600 gram daging lembu

• 4 biji kentang digoreng dan ditumbuk

• Suku sudu kecil Tesco Choice serbuk lada putih

• Suku sudu kecil Tesco Choice serbuk biji pala

• Sedikit garam halus

• 1 tangkai Eat Fresh daun sup

• 1 tangkai Eat Fresh daun bawang

• Suku cawan bawang goreng

• 1 biji putih Telur Tesco Everyday Value

Cara-cara:

1. Daging dicuci dan dikisar

2. Kentang digoreng dan ditumbuk sampai lumat

3. Gaul daging dengan semua bahan-bahan kecuali telur sehingga sebati

4. Kepalkan daging dan kentang sebesar 50 sen sehingga habis

5. Panaskan minyak, celupkan bebola bergedil ke dalam telur putih dan goreng sehingga garing

Kongsi keberkatan di #BulanBermakna bersama @TescoMy. Kunjungi Tesco dan beli barangan jenama Tesco untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Layari http://bulanbermakna.com untuk maklumat lanjut.

Sambal Sotong

Bahan-bahan:

• 500 gram sotong

• Segenggam Eat Fresh cili kering bertangkai, direbus dan dikisar

• Sedikit belacan

• 2 labu bawang merah besar

• 3 ulas bawang putih

• Tesco Pes Asam Jawa Segera

• Sedikit Tesco Everyday Value garam dan Tesco Choice gula perang

• Minyak Masak Tesco Everyday Value untuk ditumis

Cara-cara:

1. Cuci sotong dan toskan

2. Rebus dan giling cili kering

3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan belacan

4. Kisar halus cili kering tadi

5. Panaskan minyak. Tumis bawang dan belacan yang dikisar sehingga naik aroma sebelum memasukkan cili kering yang dikisar

6. Setelah garing, masukkan sotong, gula dan garam secukup rasa

7. Rasa dan hidangkan jika sudah masak

Kongsi keberkatan di #BulanBermakna bersama @TescoMy. Kunjungi Tesco dan beli barangan jenama Tesco untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Layari http://bulanbermakna.com untuk maklumat lanjut.

Tofu Telur Berkuah

Bahan-bahan:

• 2 paket tofu telur

• 1 kuntum sayur brocoli

• 2 ulas bawang putih ditumbuk

• 1 cm halia muda ditumbuk

• 200 gram udang

• 100 ml Tesco Choice kiub ayam

• 100 ml Tesco Choice kiub stok ikan -

• 2 biji putih Telur Tesco Everyday Value

• 1 tangkai Eat Fresh daun bawang - Eat Fresh daun bawang

• 1 tangkai daun ketumbar - Eat Fresh daun ketumbar

• Sedikit Tesco Everyday Value garam , Tesco Choice gula perang dan Tepung Jagung Tesco untuk memekatkan kuah.

Cara-cara:

1. Rebus sayur selama seminit, angkat dan rendam dengan air sejuk dan ketepikan

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga kuning angkat, tos dan ketepikan

3. Tofu Telur dipotong 4 dan goreng sehingga garing, tos dan ketepikan di atas pinggan

4. Goreng udang selamat seminit, angkat tos dan ketepikan bersama tofu yang digoreng

5. Kemudian masukkan stok ayam, stok ikan, dan halia masak sehingga mendidih

6. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan telur masukkan ke dalam masakan yang medidih tadi

7. Pukul telur putih sehingga naik buih, masukkan ke dalam kuah, kacau sehingga telur putih masak dan masukkan garam dan gula perang secukup rasa

8. Akhir sekali masukkan tofu yang digoreng, daun bawang, daun ketumbar dan sayur sedia untuk dihidang.

Kongsi keberkatan di #BulanBermakna bersama @TescoMy. Kunjungi Tesco dan beli barangan jenama Tesco untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Layari http://bulanbermakna.com untuk maklumat lanjut.

Masak Lemak Cili Api Cendawan

Bahan-bahan:

• 500 gram cendawan tiram

• 1 biji kelapa

• 10 biji cili padi merah East Fresh

• Serbuk Kunyit Tesco

• 1 batang serai, diketuk

• Sehelai daun kunyit

• Segenggam ikan bilis, diketuk kasar

• 1 labu bawang merah besar

• 3 ulas bawang putih

• 1 cm halia

• Sedikit Tesco Everyday Value garam dan Tesco Choice gula perang

Cara-cara:

1. Sebiji kelapa diperah, asingkan santannya kepada 2 mangkuk

2. Cendawan tiram dicarik, dibasuh dan ditoskan

3. Giling bawang merah dan cili padi. Kisar halus kunyit hidup, bawang putih dan halia

4. Masukkan bahan-bahan yang digiling, ikan bilis, serai dan santan ke dalam periuk dan didihkan

5. Setelah mendidih, masukkan cendawan, daun kunyit, garam dan gula perang

6. Sentiasa mengacau santan supaya tidak pecah.

7. Angkat dan hidang setelah cukup masak

Kongsi keberkatan di #BulanBermakna bersama @TescoMy. Kunjungi Tesco dan beli barangan jenama Tesco untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Layari http://bulanbermakna.com untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 2:20 AM