KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
 KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
 KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
MUHAMMAD Zaki dan Farrah Aina
MUHAMMAD Zaki dan Farrah Aina
Intan Mas Ayu Shahimi


Selepas menyemarakkan pentas fesyen antarabangsa dengan koleksi busana Sofearose x Yusof Ghani Segerak di Asia House, London, April lalu, Sofearose memperkenalkan pula koleksi unik Eid 2017.

Mengambil elemen Art to Wear yang kini diangkat menjadi identiti Sofearose, koleksi Eid 2017 bukan saja sesuai digayakan sempena lebaran, malah boleh dicampur padan dengan seluar atau palazo untuk dipakai ke pejabat.

Pengarah Urusannya, Muhammad Zaki Yusof berkata, pihaknya optimis untuk meneruskan kolaborasi dengan pelukis tanah air, Yusof Ghani berikutan potensi karya dan bakatnya dalam merancakkan industri fesyen tempatan.

“Kita mencipta ledakan besar dalam industri fesyen, April lalu di pentas prestij, Asia House, New Cavendish Street. Sebanyak 10 persalinan Art to Wear berkonsepkan ‘modest trendy’ dipertaruhkan.

“Sesuai dengan slogan Urban Modest Fashion yang diketengahkan, saya yakin kolaborasi ini membawa satu dimensi baru dalam industri fesyen yang semakin mahukan kelainan, selain membawa nama fesyen Muslimah ke persada yang lebih tinggi setara fesyen konservatif di dunia,” katanya.

Jelasnya, pihaknya bukan saja mengagumi bakat seni Yusof Ghani, malah yakin dengan karya Segerak yang dihasilkan.

“Saya percaya, sudah tiba masanya kita menyuntik elemen lukisan tempatan dalam elemen fesyen

Muslimah tanpa sedikitpun menyentuh ketegasan dan keperibadian fesyen itu sendiri,” katanya.

Lebaran ini, Sofearose membuai perasaan pengikut fesyen tanah air dengan hasil rekaan dan ilham pemilik serta perekanya, Farrah Aina. Tambah menarik, jenama itu juga mengumumkan kolaborasi bersama pereka jenama aksesori Jepun, Tomoko Hakata menerusi SR x HAI (Hakata International Accessories) membabitkan pengeluaran hijab dan aksesori buatan tangan.

Ia adalah kolaborasi dua negara yang pertama bagi Tomoko Hakataini dengan idea berkonsepkan semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:00 AM