Siti Zarinah Sahib

Memasak kini lebih mudah menggunakan Philips All In One Pressure Cooker . Jika cara konvensional memerlukan satu jam setengah untuk menyediakan kuah lodeh, tetapi dengan periuk pintar Philips All In One Pressure Cooker ini hanya mengambil masa 20 minit saja. Istimewanya apabila sayur-sayuran seperti keledek, lobak merah, terung dan kacang panjang yang dimasak bersama menghasilkan perisa semula jadi yang enak dan segar.

Masa memasak yang pendek menjadikan rasa hidangan tetap terpelihara, malah lebih sedap. Untuk pembaca Harian Metro, Cef Marina Mustaffa menunjukkan cara mudah memasak kuah lodeh dan ketupat menggunakan Philips All In One Pressure Cooker .

Masa penyediaan: 20 minit

Masa memasak: 20 minit menggunakan periuk Philips All In One Pressure Cooker

Masa memasak cara konvensional: 1 jam 30 minit

Hidangan: Untuk 6 orang

Bahan-bahan:

- 1 cawan kecil minyak masak

- 2 biji bawang besar dihiris halus

- 20 ulas bawang merah dihiris halus

- 8 ulas bawang putih dihiris halus

- 4 inci halia dihiris nipis

- 4 inci lengkuas

- 5 batang serai

- 1 sudu besar pes cili

- 2 sudu kecil serbuk kunyit

- 2 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk

- 6 cawan air

- 1½ cawan udang segar saiz sederhana, dibuang kulit dan kepala.

- 1 ekor sotong dipotong segi empat tepat

- 1 biji keledek dipotong kepada kepingan sederhana

- 1 lobak merah, dikupas dan dipotong dadu

- 1 lobak Cina (sengkuang) diparut

- 3 keping tauhu, goreng dan dipotong kiub.

- 3 cawan santan pekat

- 1 keping tempe, digoreng dan dipotong kiub

- 15 tangkai kacang panjang, dipotong 1 inci

- 2 biji terung panjang, dipotong separuh menyerong

- ½ cawan suhun direndam dan potong pendek

- 5 keping tauhu kering direndam dan potong 1 inci

- 1 cili hijau, dipotong memanjang

- 1 cili merah, dipotong memanjang

- Garam secukup rasa

Nombor model: HD2137

Harga: RM799

Boleh diperoleh di semua pasar raya atau beli secara dalam talian di gedung rasmi Philips di Lazada http://www.lazada.com.my/philips-official store/

Menggunakan kaedah Philips All In One Pressure Cooker:

1. Tekan ‘saute/ sear’ pada suhu tinggi kemudian tekan ‘start’.

2. Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker dan tuangkan minyak. Tumis bawang merah, bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Masukkan pes cili, serbuk kunyit dan udang kering. Kacau sehingga masak. - (Gambar 1)

4. Masukkan lengkuas dan serai. - (Gambar 2)

5. Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan keledek, lobak Cina dan lobak merah.

6. Tutup penutup periuk, hidupkan injap di bahagian atas tudung periuk ke arah kedudukan ‘seal’.

7. Set periuk pada butang ‘Slow Cook Temp Low’ atau tekan ‘Pressure Cook’ dan pilih ‘Soup”. Kemudian tekan ‘Start’.

8. Apabila masak buka penutup dan tekan ‘Saute/Sear’ pada suhu tinggi kemudian tekan ‘Start’. Tambahkan udang segar, sotong, tempe, tauhu dan santan. - (Gambar 3)

9. Tambahkan tauhu kering, suhun, terung, kacang panjang, cili merah dan hijau. Masukkan garam secukup rasa. - (Gambar 4)

10. Hidangan sedia dimakan bersama ketupat nasi.

SARAH duduk di kandang tertuduh ketika perbicaraan berlangsung. Gambar kanan, Kato. - Agensi
SARAH duduk di kandang tertuduh ketika perbicaraan berlangsung. Gambar kanan, Kato. - Agensi

Cara memasak ketupat nasi menggunakan Philips All In One Pressure Cooker:

Masa memasak: 20 minit

Masa memasak cara konvensional: 1 jam

1. Bersihkan ketupat nasi masukkan ke dalam Philips All In One Pressure Cooker bersama air.

2. Tutup periuk dengan tombol menghala ke butang ‘seal’.

3. Tekan butang ‘Rice’ dan ‘Start’. Pilihan ‘Default Time’ untuk mode Rice adalah 14 minit.

4. Apabila ketupat masak bunyi ‘Beep’ akan kedengaran. Tekan butang ‘Off”. Biarkan sekitar 20 minit agar tekanan dilepaskan. Tujuannya untuk mengelakkan air keluar menerusi tombol semasa membuka penutup periuk.

5. Selepas 20 minit bukak penutup periuk, keluarkan ketupat, tos dan sejukkan. Enak dimakan bersama kuah lodeh.

Memudahkan memasak hidangan berbuka puasa dan juga juadah Aidilfitri yang bakal menjelma. Philips All In One Pressure Cooker kini boleh didapati di pasar raya terpilih seluruh negara atau pembelian menerusi dalam talian di gedung rasmi Philips di Lazada http://www.lazada.com.my/philips-officialstore/.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2017 @ 10:47 AM