KOLEKSI selendang rona pastel untuk dipadankan dengan sebarang busana.
KOLEKSI selendang rona pastel untuk dipadankan dengan sebarang busana.
BAJU Kedah moden rona pastel sesuai digayakan pada Aidilfitri.
BAJU Kedah moden rona pastel sesuai digayakan pada Aidilfitri.
JUBAH dengan potongan kardigan memberikan kelainan kepada si pemakai.
JUBAH dengan potongan kardigan memberikan kelainan kepada si pemakai.
BARISAN model menggayakan koleksi Demure Raya 2017.
BARISAN model menggayakan koleksi Demure Raya 2017.
Siti Zarinah Sahib

Menghimpunkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung, ini konsep yang mula diperkenalkan Modvier sejak dilancarkan tiga tahun lalu. Diasaskan Sarah Nor Shah dan Ashrul Rizal Sulaiman, mereka memulakan perniagaan di Bangsar, Kuala Lumpur yang menempatkan rekaan 20 pereka tempatan termasuk selebriti seperti Yuna.

Dengan pertambahan kepada 187 jenama, kini Modvier mempunyai kolektif 15 juta pengikut di media sosial yang aktif membeli sama ada pembelian menerusi dalam talian dan di butik fizikal.

Melihat kepada jumlah pengikut yang ramai, tidak hairan setiap koleksi yang dilancarkan mendapat perhatian pelanggan terutama menjelang musim perayaan. Sama seperti tahun sebelumnya, Modvier turut mengadakan pertunjukan fesyen raya 2017 bagi menghidangkan koleksi terbaru yang sudah berada di butik seluruh Malaysia.

Membawakan 24 pereka dengan hasil ciptaan masing-masing, pertunjukan fesyen yang diadakan di Zebra Square ini mengetengahkan Koleksi Demure iaitu manifestasi kepada imej sederhana yang diperkenalkan.

Menurut Sarah Nor, Modvier ingin mengetengahkan konsep yang lebih ‘ringan’, mudah dan diterima ramai.

“Oleh kerana kebanyakan pelanggan berhijab datang dari latar belakang berbeza dan pelbagai peringkat usia jadi sudah semestinya mereka memilih padanan sopan dan sederhana untuk pemakaian harian dan perayaan,” katanya.

Menyediakan busana yang lebih sederhana namun kekal dengan imej tersendiri menjadikan rekaannya mendapat tempat di hati pelanggan. Koleksi Demure Raya 2017 boleh diperoleh di Modvier Bangsar, Bangi dan Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 7:36 AM