PASUKAN penyelamat melakukan operasi di lokasi nahas kereta kabel di Konyaalti, Antalya di Turkiye. FOTO DHA/ AFP.
PASUKAN penyelamat melakukan operasi di lokasi nahas kereta kabel di Konyaalti, Antalya di Turkiye. FOTO DHA/ AFP.
Reuters

Istanbul: Seorang maut dan tujuh lagi cedera apabila kereta kabel berlanggar dengan tiang yang patah, dalam kejadian di bandar Antalya, selatan Turkiye semalam.

Pejabat gabenor dalam kenyataan di X memaklumkan mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Sementara operasi kereta kabel dengan 24 kabin itu digantung sementara.

Pasukan penyelamat berjaya memindahkan 40 orang dari tujuh kabin menerusi operasi awal, manakala usaha berterusan dijalankan untuk mengeluarkan baki 134 penumpang lagi yang terperangkap.

Pejabat gabenor juga memaklumkan helikopter dan kenderaan lain turut digerakkan ke lokasi nahas untuk melancarkan usaha menyelamat.

Berdasarkan maklumat di laman web, kereta kabel itu mempunyai 36 kabin dengan setiap satu boleh memuatkan enam orang.

Secara purata, ia memerlukan sembilan minit untuk ke puncak Tunektepe yang dilengkapi kemudahan bagi menikmati pemandangan indah bandar Antalya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 9:45 AM