JET F-35. FOTO Reuters
JET F-35. FOTO Reuters
Bernama-Anadolu

London: Sebuah mahkamah rayuan di Belanda pada Isnin memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.

Keputusan mahkamah itu susulan rayuan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

"Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan," menurut mahkamah, lapor Agensi Anadolu.

Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, disimpan di sebuah gudang di Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 8:35 PM