Richard Mackey bersama koleksi pemadam apinya. FOTO Agensi
Richard Mackey bersama koleksi pemadam apinya. FOTO Agensi
Agensi

London: Minat seorang lelaki mengumpul ratusan pemadam api vintaj sehingga sanggup membayar insuran sebanyak 20,000 Pound Sterling (kira-kira RM116,271) bagi koleksinya itu.

The Sun melaporkan, Richard Mackey, 60, kini sudah mengumpul 350 pemadam api.

Richard mendapatkan semua koleksi itu di seluruh negara termasuk Amerika Syarikat dan Sepanyol melalui syarikat perlindungan kebakaran yang mengendalikannya.

Mackey membelanjakan 800 Pound Sterling (kira-kira RM4,651) bagi mendapatkan empat koleksi dari Glasgow sahaja.

Ada antara koleksinya berusia lebih 200 tahun dan Mackey berkata setiap satunya (pemadam api) mempunyai kisah di sebaliknya.

Koleksi kegemarannya termasuk Waterloo, salah satu yang pertama mempunyai kartrij dalaman dan Valor dari Birmingham.

"Saya suka keunikannya tapi malangnya ia sudah tidak dibuat lagi.

"Isteri saya Jane menganggap hobi ini sia-sia tetapi dia menyukai untuk menggilap semua pemadam api ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2023 @ 2:03 PM