HEROIN seberat 2.6 tan itu ditemukan di dalam kotak minuman. FOTO Agensi
HEROIN seberat 2.6 tan itu ditemukan di dalam kotak minuman. FOTO Agensi
Agensi

London: Heroin bernilai hampir 40,000,000 (kira-kira RM 197,541) disembunyikan di dalam kotak jus buah delima ditemukan di jeti di Southampton, dekat sini, baru-baru ini.

Heroin seberat 2.6 tan itu ditemukan di dalam kotak minuman yang dimuatkan di dalam sebuah kontena, lapor portal Metro UK.

Taktik ini adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika pemeriksaan rutin.

Jenis dadah itu disahkan apabila cecair jus berwarna ungu itu bertukar merah berikutan ujian yang dijalankan pakar.

Menyedari kandungan kontena itu, pihak berkuasa 'memasang perangkap' untuk membolehkan kontena itu dibawa ke sebuah premis perindustrian di Birmingham.

Metro UK melaporkan Pegawai Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) kemudian menahan tiga suspek ketika mereka mula memunggah kargo yang berisi jus delima itu.

Namun, seorang lelaki ditahan di kediaman di Alum Rock, Birmingham, tetapi kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Komander cawangan NCA, Derek Evans berkata, heroin adalah sesuatu yang bakal merosakkan masyarakat secara menyeluruh apabila tidak dibendung.

"Dadah berkait rapat dengan kumpulan jenayah yang bakal mengakibatkan keganasan serius serta membabitkan nyawa individu yang tidak bersalah juga keluarga mereka.

"Oleh itu, rampasan dan tangkapan adalah cara yang penting untuk membantu melindungi orang ramai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 12:26 PM