MASJID Besar Hagia Sophia dihias dengan lampu hiasan sempena Ramadan.
MASJID Besar Hagia Sophia dihias dengan lampu hiasan sempena Ramadan.
Agensi

Istanbul: Masjid Besar Hagia Sophia dihias dengan lampu hiasan sempena Ramadan.

Agensi Anadolu melaporkan, video masjid yang dihias itu dikongsi oleh Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya di Twitter.

"Kami gembira bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menara Masjid Besar Hagia Sophia akan menerangi Istanbul dan hati kita dengan #mahya, membaca 'La Ilaha Illallah' tahun ini. Selamat datang, Ramadan," kata Yerlikaya.

Hagia Sophia dibina pada 532 masihi. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia berkhidmat sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.

Tetapi sepanjang besar kewujudannya dari 1453 hingga 1934 - atau hampir 500 tahun - ia berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Hagia Sophia juga adalah antara destinasi pelancongan utama Turkiye dan dibuka untuk pelawat domestik dan asing.

Tahun lalu, Masjid Besar Hagia Sophia mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun,

Masjid itu memperoleh semula statusnya sebagai masjid pada 2020, apabila ia dibuka untuk umat Islam beribadat pada 24 Julai tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2023 @ 10:34 AM