Sofi Maure. FOTO Agensi
Sofi Maure. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Tidak sampai 24 jam berkahwin dengan diri sendiri, seorang pempengaruh media sosial mengumumkan akan bercerai.

Sofi Maure, 25, mengumumkan mengahwini diri sendiri dengan memuat naik gambar swafoto memakai gaun pengantin putih dan tiara emas pada Februari lalu.

Wanita yang mempunyai 500,000 pengikut di Instagram dan Twitter menyiarkan gambar bersama hantaran yang mendakwa mengikat janji dengan dirinya sendiri, malah turut mengatakan membuat kek perkahwinannya sendiri untuk majlis istimewa itu.

Menerusi hantarannya itu, dia memberitahu "hari ini dalam detik paling mengarut dalam hidup, saya membeli gaun pengantin dan membuat kek perkahwinan untuk berkahwin dengan diri saya sendiri."

Hantarannya itu mencetuskan perdebatan orang ramai yang menggunakan bahasa ibunda Sofi, Sepanyol.

Ada yang menyokong wanita itu kerana menunjukkan kepentingan cinta kepada diri sendiri, tetapi tidak kurang juga yang mendakwa tindakannya hanya untuk mendapatkan perhatian.

Meskipun kebanyakan pengikut menyokong keputusan perkahwinan yang didakwa Sofi itu, namun cinta yang dia miliki untuk dirinya sendiri tidak berkekalan.

Hanya sehari kemudian pada 20 Februari, Sofi kembali ke media sosial mengisytiharkan akan bercerai.

Menerusi kemaskini di media sosial, dia tidak tahan lagi dan kemungkinan mempertimbangkan untuk penceraian berlaku.

Pada catatan kedua, pengikutnya membuat jenaka mengenai situasi itu supaya dia mendapatkan peguam yang baik untuk perbicaraan penceraian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 10:50 AM