KUSAI Al Jundi (kiri) dan Mohammed El-Abboud (kanan). FOTO Agensi
KUSAI Al Jundi (kiri) dan Mohammed El-Abboud (kanan). FOTO Agensi
Agensi

London: Lelaki yang membunuh warga emas berusia 71 tahun, sempat merakam video TikTok menari bersama teman wanita di rumah mangsa, sekali gus mendedahkan dirinya sebagai suspek utama.

Mohammed El-Abboud, 28, menari dengan Maria Amariucai, teman wanita rakan subahatnya, Kusai Al-Jundi, 25, di kediaman itu dan memuat naiknya di TikTok dua minggu sebelum mangsa dibunuh.

Kedua-duanya berdepan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh warga emas, Louise Kam yang dijerat dalam penipuan (Love Scam) bernilai £4.6 juta (RM23.97 juta).

Sebelum membunuh mangsa, lelaki itu dengan bangganya menunjukkan kepada orang ramai kediaman mangsa di Hertfordshire.

Mereka membuat rancangan membolot harta Kam dengan memperdaya untuk menandatangani dokumen surat kuasa yang disangka boleh memberi kawalan ke atas portfolio hartanah yang bernilai jutaan pound.

Pada mulanya, Kusai cuba mendekati Kam, mendakwa dia menyayangi wanita itu, namun apabila taktiknya gagal, mereka menukar strategi dengan Mohammed mencekik wanita itu menggunakan wayar pengering rambut.

Sebagai perlindungan, Kusai meletakkan jejak mesej palsu pada telefon Kam dengna mendakwa dia ke China.

Kusai yang juga bapa kepada tiga anak meraikan kejayaan mereka dengan menghadiahkan Maria sepasang anting-anting berlian bernilai £580 (RM3,022.18).

Rahsia mereka terbongkar apabila Mohammed mengaku perbuatan mereka kepada Maria yang akhirnya menjadi saksi utama kes.

Kusai menyasarkan wanita berusia yang kaya sebagai mangsa dengan mendakwa dirinya jutawan sedangkan hakikat sebenar dia hanyalah tukang masak kebab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 3:33 PM