Kerabat terdekat keluarga diraja Britain mengiringi perarakan keranda Ratu Elizabeth II. - FOTO Reuters
Kerabat terdekat keluarga diraja Britain mengiringi perarakan keranda Ratu Elizabeth II. - FOTO Reuters
AFP

London: Britain mengucapkan selamat jalan kepada Ratu Elizabeth II pada Majlis Pengebumian Negara penuh bersejarah yang dihadiri kira-kira 250,000 individu termasuk kerabat diraja serta pemimpin dunia.

Orang ramai berkumpul di London untuk menyaksikan keranda ratu yang dibalut bendera dihiasi dengan Imperial State Crown, 'orb' dan tongkat sebelum dibawa di atas pedati meriam dari Westminster Hall.

Ia ditarik 142 kelasi Tentera Laut Diraja ke Westminster Abbey.

Ia gunakan di setiap upacara pengebumian negara sejak Ratu Victoria pada 1901.

Loceng gereja berusia ribuan tahun itu berbunyi sebanyak 96 kali pada selang seminit menandakan setiap tahun dalam hidupnya dan berhenti seminit sebelum upacara dimulakan pada 11 pagi.

Archbishop of Canterbury, Justin Welby memuji Baginda kerana mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada United Kingdom dan Komanwel dengan penuh kasih sayang.

Keranda itu kemudiannya dibawa mengikut alunan irama perarakan pengebumian membabitkan tiga jam perjalanan melalui jalan-jalan di London ke Istana Windsor.

Laungan terakhir 'Tuhan selamatkan ratu' kedengaran ketika orang ramai menaburkan bunga di jalan raya dan loceng gereja berbunyi di kejauhan.

Kira-kira 2,000 tetamu termasuk Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Maharaja Jepun, Naruhito hadir memberikan penghormatan itu.

Satu pengebumian secara tertutup dijalankan di King George VI Memorial Chapel, lewat semalam dengan dikendalikan Dekan Windsor, kata laman web rasmi keluarga diraja.

"Ratu dikebumikan di samping Duke of Edinburgh," kata satu kenyataan merujuk kepada suami Baginda, Putera Philip yang meninggal dunia tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2022 @ 3:24 PM