FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Edinburgh: Barangan keperluan wanita ketika haid diberikan secara percuma di Scotland, mulai Isnin.

Menteri Keadilan Sosial Scotland Shauna Robison dalam satu kenyataannya pada Ahad berkata, kebebasan akses kepada barangan berkenaan adalah asas kepada kesaksamaan dan maruah.

Mulai hari ini, pentadbiran bandar dan institusi pendidikan diwajibkan untuk menyediakan barangan kebersihan kepada semua individu yang memerlukannya.

Parlimen Wilayah Scotland sebulat suara mengundi untuk akses percuma kepada produk di bangunan awam, pada November 2020

"Kami berbangga menjadi kerajaan negara pertama yang mengambil langkah sedemikian," kata Setiausaha Robinson.

Scotland adalah perintis dalam memerangi kemiskinan produk keperluan ketika haid.

Pelajar sekolah dan pelajar sudah dibekalkan dengan tuala wanita dan tampon secara percuma.

Di sesetengah negara seperti United Kingdom (tetapi tidak termasuk Ireland Utara), Perancis, Jerman, cukai nilai tambah (VAT) ke atas produk haid diturunkan.

Majlis Kebangsaan Austria juga sudah mengurangkan cukai jualan ke atas barangan kebersihan wanita separuh pada akhir tahun 2020 kepada 10 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 9:37 AM