LADANG berkenaan. FOTO Polis Sepanyol/ AFP
LADANG berkenaan. FOTO Polis Sepanyol/ AFP
AFP

Barcelona: Polis Sepanyol menyita lebih 6,000 kilogram (kg) ganja selepas menyerbu sebuah ladang di Vilassar de Mar yang dianggap sebagai terbesar negara itu.

Dalam operasi itu juga, polis merampas lebih 3,500 kg tunas yang ditanam dalam beg termal yang sudah divakum," kata polis negara itu dan polis Guardia Civil dalam kenyataan media bersama.

Rampasan itu juga dianggap sebagai kejayaan terbesar membabitkan ganja di negara berkenaan.

Siasatan bermula Mac tahun lalu selepas penyiasat mengesan 32 hektar plot tanah yang terletak 30 kilometer (km) di bahagian persisir Barcelona yang sebelum ini digunakan untuk menanam kanabis, tumbuhan dalam skala industri.

Namun bagi mengaburi mata pihak berkuasa, papan tanda palsu diletakkan di sekitar ladang berkenaan.

Ribuan tumbuhan lain juga ditanam di gudang dan rumah hijau yang berbeza dengan semuanya dipantau teliti lebih 100 kamera, kata polis.

Ladang berkenaan juga dikesan menggunakan bekalan elektrik haram sejak 2018.

Dalam operasi itu, polis menahan lima individu yang akan didakwa atas kesalahan jenayah membabitkan kesihatan awam serta penipuan bekalan elektrik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 9:32 AM