PELARIAN Ukraine berhampiran sempadan Poland-Ukraine di Hrebenne. FOTO  EPA
PELARIAN Ukraine berhampiran sempadan Poland-Ukraine di Hrebenne. FOTO EPA
BERNAMA

Kyiv: Seramai 97 kanak-kanak di Ukraine terbunuh dalam serangan oleh tentera Rusia, kata pihak berkuasa Selasa.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Ukraine berkata, lebih 100 kanak-kanak turut cedera antara 24 Februari dan 15 Mac, lapor Agensi Anadolu.

"Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak mati setiap hari akibat pengeboman," katanya.

Perang Rusia-Ukraine, yang bermula sejak 24 Februari lalu, mengundang kecaman antarabangsa, serta membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global keluar dari Rusia.

Sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera di Ukraine perang bermula.

Lebih tiga juta pelarian melarikan diri ke negara jiran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2022 @ 11:15 AM