FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

London: Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England tidak lagi mengehadkan pembedahan kelahiran sebagai usaha meningkatkan tahap penjagaan ibu dan bayi.

Unit kelahiran sebelum ini menggalakkan kelahiran semula jadi dan mengekalkan kadar kelahiran menerusi pembedahan kepada hanya 20 peratus.

Tindakan itu dibuat selepas NHS dikritik susulan kurang penjagaan selepas kelahiran.

Hospital Shrewsbury dan Telford, hospital amanah NHS kini disiasat atas 2,000 kes membabitkan kelahiran.

Dalam surat yang diperoleh BBC News, kakitangan bersalin diarah untuk merawat kes secara individu dan mengikuti panduan Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (Nice) yang membenarkan wanita memilih pembedahan yang dirancang, walaupun ia bukan atas sebab perubatan.

Pembedahan untuk bersalin dijalankan apabila bayi dilahirkan melalui pembedahan.

Keadaan ini berlaku dalam tiga situasi di mana ia dibuat atas permintaan ibu itu sendiri, atau dirancang disebabkan faktor perubatan kerana kedudukan bayi yang silap dan saiz yang besar.

Selain itu, pembedahan dibuat atas sebab kecemasan yang kebiasaannya disebabkan oleh komplikasi ketika bersalin.

Seorang dari empat bayi di England dilahirkan menerusi pembedahan disebabkan faktor elektif atau kecemasan.

Ketua Jururawat NHS England, Jacqueline Dunkley-Bent dan Pengarah Kesihatan Wanita, Dr Matthew Joly dalam satu surat memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai kepercayaan dan mencapai sasaran itu.

"Kami meminta semua perkhidmatan bersalin berhenti menggunakan pembedahan sebagai cara pengurusan prestasi kerana bimbang dengan potensi perkhidmatan untuk mengejar sasaran yang mungkin secara klinikal tidak sesuai dan tidak selamat," katanya menerusi surat berkenaan.

Hospital sebelum ini mengikuti nasihat yang dikeluarkan Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 6:15 AM