BORIS Johnson. FOTO Reuters
BORIS Johnson. FOTO Reuters
AFP

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan semua sekatan berkaitan Covid-19 di England, akan ditamatkan hujung minggu ini.

Ia adalah peralihan daripada campur tangan kerajaan kepada tanggungjawab kendiri rakyat.

Johnson berkata, keperluan undang-undang untuk orang mengasingkan diri apabila dijangkiti Covid-19 akan ditamatkan bermula Khamis.

Akses kepada kit ujian percuma di rumah juga akan dihentikan 1 April depan, tambahnya.

"Kita sudah mencapai tahap imuniti yang mencukupi untuk melengkapkan semua orang dilindungi.

"Kini kita mempunyai tahap imuniti yang mencukupi untuk melengkapkan peralihan daripada melindungi orang ramai daripada campur tangan kerajaan yang sebelum ini bergantung kepada vaksin dan rawatan sebagai perlindungan pertama," katanya kepada Parlimen.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 10:14 AM