PETUGAS kesihatan di Itali melayani kanak-kanak sebelum memberi suntikan bagi mengurangkan ketakutan mereka. FOTO EPA.
PETUGAS kesihatan di Itali melayani kanak-kanak sebelum memberi suntikan bagi mengurangkan ketakutan mereka. FOTO EPA.
Reuters

London: Britain akan memulakan vaksinasi ke atas kanak-kanak antara lima hingga 11 tahun yang berisiko terhadap koronavirus mulai minggu ini, kata Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS).

Negara itu lebih perlahan daripada negara lain dalam penawaran suntikan kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dan tidak merancang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur secara meluas, tidak seperti negara lain antaranya, Amerika Syarikat dan Israel.

NHS England berkata, kanak-kanak dalam kohort kumpulan risiko klinikal atau yang tinggal bersama seseorang yang menghidap imunosupresi akan mendapat suntikan terawal, selaras nasihat kesihatan dikeluarkan Jawatankuasa Bersama Vaksin dan Imunisasi ( JCVI), bulan lalu.

"Saya mahu ibu bapa dan penjaga yakin bahawa tiada vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan standard piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanannya dipenuhi," kata Menteri Vaksin UK Maggie Throup.

Beliau turut menggalakkan seramai mungkin ibu bapa membawa anak mereka untuk vaksinasi apabila dihubungi.

Kanak-kanak akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram vaksin Pfizer-BioNTech, yang mana satu pertiga dos dewasa.

Penularan wabak tinggi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di England, dengan pejabat Perangkaan Negara menganggarkan hampir 12 peratus murid dijangkiti Covid-19 pada seminggu berakhir 22 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 9:32 AM