FILE PHOTO: Billionaire entrepreneur Richard Branson wears his astronaut's wings at a news conference, after flying with a crew in Virgin Galactic's passenger rocket plane VSS Unity to the edge of space at Spaceport America near Truth or Consequences, New Mexico, U.S., July 11, 2021. REUTERS/Joe Skipper/File Photo

Reuters

London: Hartawan Britain Richard Branson mengumumkan baru saja sembuh dari Covid-19 selepas dijangkiti virus berkenaan bersama isteri dan ahli keluarganya.

Mereka disahkan dijangkiti varian Omicron.

"Rakan dan keluarga, termasuk saya dan isteri, Joan dijangkiti Omicron baru-baru ini.

"Terima kasih kerana semua sudah divaksinasi dan mendapatkan dos penggalak. Kami hanya alami gejala ringan," kata pengasas Virgin Group itu melalui Twitter.

Menegaskan kepentingan vaksinasi, Branson menggalakkan semua individu untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Omicron kini menjadi varian yang mendominasi kes jangkita harian di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bukti yang diperoleh setakat ini menunjukkan varian berkenaan tidak menyebabkan jangkitan teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 6:44 PM