GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Rom: Seorang lelaki di Itali yang mahukan sijil vaksinasi Covid-19 tanpa mendapat suntikan hadir untuk mendapatkan vaksinnya dengan tangan palsu, kata pegawai.

Lelaki itu, 50-an, tiba untuk mendapatkan suntikan dengan acuan silikon menutupi lengan sebenarnya, dengan harapan ia tidak disedari.

Bagaimanapun, jururawat bertugas tidak terpedaya dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Jururawat itu memberitahu media tempatan sewaktu menyingsing lengan baju lelaki itu, dia mendapati kulit individu itu 'bergetah dan sejuk' dan pigmen pada kulitnya itu 'terlalu pudar'.

Selepas ditemui, lelaki itu cuba memujuk jururawat berkenaan, lapor la Republica.

Bagaimanapun, jururawat itu tetap melaporkan kes penipuan lelaki terbabit kepada polis.

Polis tempatan kini sedang menyiasat kejadian di Biella, barat laut Itali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 10:30 AM