Serpihan pesawat MH17. - FOTO Agensi
Serpihan pesawat MH17. - FOTO Agensi
Agensi

Amsterdam: Waris nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 mendesak hakim yang terbabit dengan kes berkenaan supaya menyiasat dakwaan pembabitan Rusia dalam insiden itu.

Ini termasuk peranan Rusia dalam konflik di Ukraine, yang sebahagiannya mungkin mencetuskan serangan ke atas pesawat itu.

Waris nahas mahu siasatan terperinci dijalankan.

Mereka mendakwa wujud pembabitan pegawai tertinggi tentera Kremlin dalam insiden itu.

Keengganan Rusia bekerjasama dalam siasatan MH17 juga memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena.

Rusia sebelum ini menafikan sebarang pembabitan dalam nahas berkenaan.

Pasukan penyiasat merumuskan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu darat ke udara, ketika melintasi ruang udara Ukraine.

Nahas itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ketika ini empat suspek, tiga daripadanya warga Rusia dan seorang warga Ukraine dibicarakan hanya dengan kehadiran peguam.

Perbicaraan dijangka disambung semula pada Disember ini.

Ini diikuti dengan keputusan perbicaraan yang dijadual pada tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 7:28 PM