Anggota keselamatan Rusia menyembur disinfektan di stesen kereta api Savelovsky di Moscow. - FOTO AFP
Anggota keselamatan Rusia menyembur disinfektan di stesen kereta api Savelovsky di Moscow. - FOTO AFP
AFP

Paris: Kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 terus meningkat di Eropah dengan Rusia, Ukraine dan Romania merekodkan kematian tertinggi di benua ini.

Sekitar 1.67 juta kes baru dicatatkan di Eropah minggu lalu dengan purata kira-kira 239,000 kes sehari.

Ia adalah peningkatan 18 peratus minggu lalu, menurut data dikumpul AFP dari sumber rasmi dari 52 negara seluruh dunia.

Peningkatan dalam kes baru itu menyaksikan kenaikan 60 peratus berbanding Ogos dan September di mana ketika itu kira-kira 150,000 kes baru dicatatkan setiap hari.

Di rantau berkenaan, 42 negara mencatatkan peningkatan kes baru minggu lalu, dengan hanya tujuh negara merekodkan penurunan.

Negara paling teruk terjejas adalah Ukraine, Hungary dan Poland.

Ketika ini, Eropah mewakili 55 peratus daripada keseluruhan kes baru global, dengan kadar kematian turut meningkat.

Data AFP menunjukkan purata 3,120 kematian direkodkan setiap hari di benua berkenaan dalam tempoh tujuh hari, meningkat 16 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Lebih satu pertiga kematian harian direkodkan di Eropah adalah di Rusia dengan 1,051 kematian, diikuti Ukraine (485) dan Romania (420).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 7:48 PM