GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Paris: Wabak pandemik Covid-19 menyebabkan kematian 4,234,618 individu sejak ia mula dikesan di China pada Disember 2019.

Kira-kira 198,815,960 kes Covid-19 didaftarkan.

Sebilangan besar sudah pulih, walaupun ada yang terus mengalami gejala beberapa minggu, bahkan beberapa bulan kemudian.

Angka tersebut berdasarkan laporan harian yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di setiap negara. Mereka tidak termasuk semakan yang dibuat oleh organisasi statistik lain, yang menunjukkan bahawa jumlah kematian jauh lebih tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan pandemik itu mungkin dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada rekod rasmi, kerana jumlah kematian yang secara langsung dan tidak langsung dikaitkan dengan Covid-19.

Sebilangan besar kes yang kurang teruk atau tidak bergejala juga tidak dapat dikesan, walaupun telah dilakukan ujian di banyak negara.

Pada Isnin, sebanyak 8,102 kematian dan 593,705 kes baharu direkodkan seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terbaharu, negara yang mempunyai kematian tertinggi ialah Indonesia (1,568), diikuti Russia (788) dan India (422)

Amerika Syarikat (AS) negara yang paling teruk terjejas mempunyai 613,679 kematian daripada 35,131,438 kes Covid-19.

Selepas AS, negara terjejas adalah Brazil dengan 557,223 kematian daripada 19,953,501 kes, India dengan 425,195 kematian daripada 31,726,507 kes, Mexico dengan 241,279 kematian daripada 2,861,498 kes manakala Peru dengan 196,518 kematian daripada 2,114,445 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 11:44 AM