MODEL menggayakan gaun pengantin yang diperbuat daripada pelitup muka. FOTO Tom_Silverwood_design
MODEL menggayakan gaun pengantin yang diperbuat daripada pelitup muka. FOTO Tom_Silverwood_design
Agensi

London: Reka gaun pengantin daripada pelitup muka terbuang kitar semula.

Itu hasil kreativiti pereka fesyen Britain, Tom Silverwood yang menggunakan sisa berkenaan yang kini menjadi masalah kepada alam sekitar.

The Sun melaporkan, pereka itu menjahit 1,500 pelitup muka untuk menghasilkan gaun labuh.

Dia dibiayai perancang perkahwinan Hitched yang turut berkongsi gambar itu di Instagram.

Ia menunjukkan model Jemina Hambro menggayakan gaun itu di Katedral St Paul, London.

Gambar berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial dan mendapat banyak komen netizen.

"Ini memukau," kata seorang netizen, selain seorang lagi menyifatkan ia rekaan menakjubkan, manakala seorang yang lain kagum dan menganggap itu satu idea hebat.

United Kingdom (UK) membatalkan semua sekatan berhubung Covid-19 pada 19 Julai lalu.

Ia membolehkan pasangan melangsungkan perkahwinan dengan kapasiti penuh.

Menurut media tempatan, keputusan Perdana Menteri Boris Johnson membatalkan sekatan itu bagi memulihkan ekonomi yang semakin merosot.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 7:30 AM