PASUKAN pelbagai agensi dikejarkan ke lokasi kejadian. FOTO AFP
PASUKAN pelbagai agensi dikejarkan ke lokasi kejadian. FOTO AFP
Agensi

Stockholm: Minta 20 piza untuk bebaskan tebusan.

Itu permintaan dua penjenayah yang menahan dua pegawai penjara dan menjadikan mereka sebagai tebusan di sebuah penjara di Hallby berhampiran Eskilstuna di tengah Sweden.

Isak Dewit, 30, dan Haned Mahamed Abdullahi, 24, dilaporkan lengkap bersenjatakan pedang ketika memecah masuk ke bilik kawalan dan menahan dua lelaki.

Mereka berkurung bersama tahanan di bilik itu dan meminta sebuah helikopter dan 20 piza untuk setiap tahanan di blok sel mereka, lapor Daily Star.

Mereka mematikan kamera litar tertutup (CCTV) penjara, menurut laporan The Local.

Perkhidmatan Penjara dan Percubaan Sweden berkata ia adalah situasi yang sangat berbahaya.

Bercakap kepada agensi berita Sweden TT, Pemangku Ketua Keselamatan Penjara Jorgen Form Nordin berkata mereka disabitkan dengan jenayah berat.

"Perunding, pasukan petugas dan polis penjara berada di lokasi.

Menurut laman berita Sweden Aftonbladet, beberapa van hitam tanpa tanpa yang membawa pasukan khas tiba diluar penjara pada jam 4.30 petang waktu tempatan.

Laporan berita tempatan menyatakan, piza disiapkan di restoran kebab berhampiran sebelum dimuatkan ke dalam kereta polis.

Seorang pesara polis Sweden berkata, langkah menyiapkan piza itu adalah jalan terbaik dan bermaksud pegawai akan berunding dengan penjenayah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 5:10 PM