VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
Agensi

London: Dua dos vaksin Covid-19 Pfizer, atau AstraZeneca hampir sama keberkesanannya terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti, menurut satu kajian.

Al Jazeera yang memetik laporan Reuters melaporkan ia berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Menurut kajian berkenaan, kedua-dua vaksin itu amat berkesan terhadap varian Delta, jika individu sudah menerima dua dos vaksin.

Ia sekali gus mengesahkan dapat oleh Kesihatan Awam England (PHE) pada Mei mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca, berdasarkan data nyata.

Kajian mendapati keberkesanan dua dos vaksin Pfizer mencecah 88 peratus bagi jangkitan bergejala daripada varian Delta, berbanding 93.7 peratus terhadap varian Alpha, sama seperti dilaporkan sebelumnya.

"Hanya perbezaan sederhana dalam keberkesanan vaksin yang dicatat dengan varian Delta dibandingkan dengan varian Alpha selepas penerimaan dua dos vaksin," menurut catatan penyelidik PHE dalam kajian itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 4:01 PM