London, United Kingdom.
London, United Kingdom.
AFP

London: Perdana Menteri, Boris Johnson akan mengumumkan pelan untuk melonggarkan semua atau kebanyakan larangan Covid-19 mulai 19 Julai ini.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk 'belajar hidup dengan Covid-19'.

Johnson sebelum ini mengumumkan pembukaan semula ekonomi pada 21 Jun namun, terpaksa menunda tarikh berkenaan selepas berlakunya peningkatan kes jangkitan yang disebabkan varian Delta.

Varian berkenaan menjadi faktor utama semua kes baharu yang dilaporkan di Britain.

Namun, pelaksanaan program vaksin besar-besaran berjaya mengekang kemasukan mendadak ke hospital dan tiada lonjakan angka kematian.

Johnson akan mengumumkan pelan untuk melonggarkan sekatan bagi England hari ini. Wilayah lain di bawah United Kingdom (UK) - Scotland, Wales dan Utara Ireland akan beralih lebih perlahan.

"Terima kasih atas kejayaan program vaksinasi. Namun, saya ingatkan bahawa pandemik ini belum berakhir dan kes jangkitan baru mungkin meningkat beberapa minggu lagi.

"Kita perlu belajar hidup dengan virus ini dan teruskan menilai risiko Covid-19 secara berhati-hati terutama yang membabitkan nyawa kita," katanya.

Menteri Kebajikan, Helen Whately berkata, 86 peratus individi dewasa di Britain sudah mendapat dos pertama vaksin dan 63 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 7:20 PM