BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
AFP

The Hague: Mahkamah Belanda, pada Khamis, diberitahu bahawa tertuduh yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 memindahkan semula peluru berpandu BUK ke Rusia.

Hakim juga meneliti laluan digunakan untuk membawa misil darat ke udara itu yang memusnahkan pesawat Boeing 777 pada 17 Julai 2014.

Kejadian itu mengorbankan 298 orang termasuk 196 rakyat Belanda dan 20 rakyat Malaysia.

Penyiasat berkata, misil itu bergerak dari sebuah pekan di Pervimayski yang dikawal oleh puak pemisah Ukraine.

Berdasarkan pintasan komunikasi menunjukkan strategi pertahanan segera diatur sebaik pesawat itu ditembak jatuh dengan mengatakan ia dirempuh jet pejuang Ukraine yang kemudian ditembak jatuh peluru berpandu Rusia.

Rakyat Rusia Oleg Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta rakyat Ukraine Leonid Kharchenko dituduh membunuh selepas pesawat itu meletup di udara ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Peluru berpandu itu dipercayai dimiliki Briged ke-53 Peluru Berpandu Antipesawat tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk, terletak berhampiran sempadan Ukraine.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 9:48 AM