BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
AFP

The Hague: Mahkamah Belanda pada Rabu mendengar bagaimana dua defendan berbincang mengenai perolehan mendapatkan misil yang dikatakan Pendakwa Raya, digunakan menembak pesawat MH17.

Pada minggu ini, hakim mula mendengar bukti dalam perbicaraan empat tertuduh masing-masing tiga rakyat Russia dan seorang Ukraine yang dituduh mempunyai kaitan dengan serangan udara pesawat di wilayah bergolak timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa.

Rakyat Rusia, Oleg Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky bersama Leonid Kharchenko dari Ukraine dituduh membunuh selepas Boeing 777 meletup di udara ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dia memerlukan 'senjata jarak jauh' selepas kalah dalam pertempuran, kata Pulatov dalam panggilan telefon yang diperdengarkan pada Rabu.

Menerusi panggilan sama yang bertarikh 17 Julai, hari pesawat itu ditembak jatuh, Dubisky memaklumkan kepada Pulatov 'BUK akan dihantar kepadanya' oleh Kharchenko dan diletakkan di kawasan berhampiran Pervomayski.

Hakim juga mempertimbangkan bukti yang menunjukkan misil buatan Rusia BUK dibawa dari Donetsk menggunakan trak dan treler.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 10:29 AM