BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
BANGKAI pesawat MH17. FOTO AFP
AFP

Badhoevedorp: Hakim Belanda akan memulakan perbicaraan terhadap tiga suspek Rusia dan seorang warga Ukraine yang dituduh menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014, dengan mendengar bukti, hari ini.

Perbicaraan secara rasmi bermula Mac 2020, namun setakat ini ia masih di peringkat hujahan terutama mengenai penerimaan bukti nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Empat tertuduh iaitu, warga Rusia, Oleg Pulatov, Igor Girkin and Sergei Dubinsky, dan Leonid Kharchenko dari Ukraine akan dibicarakan in absentia (tanpa kehadiran di mahkamah).

Hanya Pulatov akan diwakili peguam Belanda

"Mahkamah akan memulakan perbicaraan jenayah MH17 dengan sewajarnya, menerusi pemeriksaan dan perbincangan kandungan fail perbicaraan serta menjelaskan persoalan utama yang sudah mula dikemukakannya.

"Adakah pesawat MH17 ditembak peluru berpandu BUK? Adakah peluru berpandu ditembak dari ladang pertanian berhampiran Pervomaiskyi? Adakah tertuduh memainkan peranan (dalam tragedi ini)?" kata ," kata mahkamah dalam kenyataan.

Pesawat jenis Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Siasatan antarabangsa membuat kesimpulan bahawa peluru berpandu BUK yang berasal dari Briged Peluru Berpandu Anti-pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpusat di bandar Kursk bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Keempat-empat suspek dituduh sebagai dalang utama dalam kumpulan pemberontak pemisah yang berperang dengan Kiev.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 12:31 PM