PROGRAM vaksinasi Covid-19 di sebuah taman di Srinagar, Kashmir, India. FOTO EPA
PROGRAM vaksinasi Covid-19 di sebuah taman di Srinagar, Kashmir, India. FOTO EPA
AFP

Geneva: Varian Covid-19 India secara rasmi sudah sudah dikesan di 53 wilayah, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Sebagai tambahan, WHO turut menerima maklumat tidak rasmi bahawa varian B.1.617 itu dikesan di tujuh lagi wilayah, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 60.

Laporan itu menyatakan varian berkenaan menunjukkan kadar jangkitan yang tinggi.

Namun, jangkitan yang serius dan risiko jangkitan masih dalam siasatan.

Di peringkat global, kes baharu dan kematian terus menurun, dengan kira-kira 4.1 juta kes baharu dan 84,000 kematian dilaporkan pada minggu lalu, masing-masing 14 peratus dan dua peratus penuruna, berbanding minggu sebelumnya.

WHO untuk rantau Eropah melaporkan penurunan paling tinggi untuk kes baharu dan kematian dalam tempoh tujuh hari lalu, diikuti Asia.

Untuk rantau Amerika, Mediterranean Timur dan Pasifik Barat, kes dilaporkan adalah sama seperti minggu sebelumnya.

Bagi kes baharu, bilangan kes baharu dalam tempoh tujuh hari lalu dilaporkan di India (1,846,055 – menurun 23 peratus); Brazil (451,424 – meningkat tiga peratus); Argentina (213,046 – meningkat 41 peratus), Amerika Syarikat (188,410 – menurun 20 peratus), dan Colombia (107,590 – turun tujuh peratus).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 1:54 PM