ROKET Long March 5B rocket dijangka jatuh ke bumi sekitar jam 5.19 pagi esok, Waktu Min Greenwich (GMT). FOTO AFP
ROKET Long March 5B rocket dijangka jatuh ke bumi sekitar jam 5.19 pagi esok, Waktu Min Greenwich (GMT). FOTO AFP
Agensi

London: Ramalan terbaru dari ahli astronomi menjangkakan serpihan dari roket Long March 5B CZ-5B akan jatuh ke bumi sekitar jam 5.19 pagi esok, Waktu Min Greenwich (GMT).

Namun, masih ada ruang waktu yang besar untuk mengetahui dengan tepat bila roket itu akan jatuh ke bumi.

Pakar mengatakan bahawa ia mungkin berlaku dalam tempoh lapan jam sebelum atau selepas waktu yang dinyatakan.

Aerospace Corporation membuat hantaran di Twitter mengandaikan bahawa serpihan roket berkenaan akan jatuh ke bumi pada 9 Mei 2021 04:19 Waktu Universal Selaras (UTC) ± 8 jam.

Portal Express UK melaporkan bahawa, ahli astronomi menyatakan agak sukar untuk menentukan lokasi serpihan itu akan jatuh kerana ia bergerak terlalu pantas.

Kementerian Luar China baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa risiko serpihan itu menyebabkan kerosakan adalah terlalu rendah.

Aerospace Corporation dalam catatan blog berkata, kemasukan semula March 5B adalah luar biasa kerana ketika pelancaran, tahap pertama roket mencapai kecepatan orbit dan bukannya jatuh ke bawah seperti yang biasa dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 6:53 PM