FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Moscow: Syarikat farmaseutikal Pfizer Amerika Syarikat mengenal pasti dos vaksin Covid-19 palsu di Mexico dan Poland, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal.

Di Mexico, kira-kira 80 orang menerima vaksin palsu di klinik dengan harga kira-kira AS$1,000 (RM4,100) setiap dos.

Dos itu turut menggunakan label palsu.

Di Poland, dos palsu itu kemungkinan ialah ubat antikedut. Pihak berkuasa Poland berkata setakat ini belum ada yang menerima dos vaksin palsu itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 143.48 juta orang dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 3.05 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 1:23 PM