PENDUDUK London keluar di jalanan selepas kerajaan mula melonggarkan peraturan kawalan Covid-19. FOTO AFP
PENDUDUK London keluar di jalanan selepas kerajaan mula melonggarkan peraturan kawalan Covid-19. FOTO AFP
AFP

Paris: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Eropah sudah melepasi sejuta, menurut kiraan AFP berdasarkan sumber rasmi.

Di benua meliputi 52 negara dan jajahan, dari Azerbaijan dan Rusia itu, angka korban adalah 1,000,288 orang iaitu tertinggi untuk mana-mana benua.

Berdasarkan angka rasmi terkini, hampir 60 peratus daripada kematian di Eropah direkodkan di hanya enam negara iaitu United Kingdom (127,100 kematian), Itali (114,612 kematian), Russia

(103,263 kematian), Perancis (99,163 kematian), Jerman (78,452 kematian) dan Sepanyol (76,525 kematian).

Bagaimanapun, kadar jangkitan Covid-19 di United Kingdom menurun susulan program pemvaksinan berskala besar dengan hampir 60 peratus orang dewasanya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Perancis, Itali dan Rusia kini berdepan dengan gelombang ketiga penularan Covid-19 dan dilihat lebih lambat dalam program pemvaksinan.

AFP menyatakan angka baharu itu diambil daripada pihak berkuasa kesihatan setiap negara dan tidak termasuk penilaian semula oleh organisasi statistik lain, seperti yang berlaku di Rusia, Sepanyol dan UK.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 3:16 PM