ROTI panjang baguette. FOTO AFP
ROTI panjang baguette. FOTO AFP
AFP

Paris: Perancis memilih roti panjang 'baguette', sebagai 'calon' untuk disenaraikan sebagai status warisan budaya dalam Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Walaupun beret dan bawang putih di leher mungkin lebih sinonim dengan identiti negara itu, tetapi roti panjang masih menjadi identiti di seluruh Perancis setiap hari.

Menurut laman data Planetoscope, sekitar 10 bilion 'baguette' dimakan setiap tahun di Perancis atau 320 setiap saat.

Ketika Perancis berada dalam kawalan ketat akibat pandemik Covid-19 pada musim bunga lalu, kerajaan memastikan kedai roti tetap dibuka dan menjadi perniagaan penting.

Jadi mungkin satu-satunya kejutan adalah berapa lama Kementerian Kebudayaan menyerahkan 'baguette' untuk dipertimbangkan kepada Unesco, yang akan mengumumkan keputusannya pada akhir 2022.

Namun, kementerian menarik perhatian apabila berlaku penurunan jumlah bakeri di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar.

"Pada 1970, terdapat 55,000 kedai roti buatan (satu untuk setiap 790 penduduk) berbanding 35,00 hari ini (untuk setiap 2,000 orang), yang memilih 'baguette' dihasilkan secara industri," katanya.

Roti buatan Perancis dikenali 'baguette' hanya mendapat namanya secara rasmi pada 1920 ketika undang-undang baru menetapkan berat minimum 80 gram dan panjang maksimum 40 sentimeter.

Selebihnya sejarah agak tidak pasti.

Ada yang mengatakan roti panjang sudah biasa pada abad ke-18 antara lain tukang roti Austria, August Zang pada 1830-an supaya penjelmaan modennya terbentuk.

Satu kisah yang popular ialah Napoleon memerintahkan roti dibuat dalam bentuk nipis yang lebih senang dibawa tentera.

Satu lagi yang menghubungkan 'baguette' dengan pembinaan metro Paris pada akhir abad ke-19, dan idea bahawa 'baguette lebih mudah dicarik dan dikongsi, mengelakkan perbalahan antara pekerja dan perlunya pisau.

Unesco memberikan status warisan tidak ketara membabitkan komuniti pengamal tertentu mengenai sekitar 100 perkara yang sangat berbeza di seluruh dunia setiap tahun.

Senarai tahun ini merangkumi budaya sauna di Finland, festival tanglung di Korea Selatan dan pertandingan memotong rumput di Bosnia dan Herzegovina.

Perancis memilih 'baguette' dari senarai pendek yang juga merangkumi bumbung ikonik Paris dan festival penuaian Biou d'Arbois.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 3:37 PM