Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

London: Bantahan terhadap rang undang-undang (RUU) yang bakal memberi polis Britain lebih banyak kuasa untuk menangani tunjuk perasaan aman mencetuskan pertempuran antara anggota polis dan penunjuk perasaan pada Ahad, lapor Xinhua.

Ribuan orang hadir di Bristol, sebuah bandar di barat England, untuk menyertai demonstrasi 'Kill the Bill' yang menyaksikan beberapa pegawai polis mengalami patah tulang, menurut BBC.

Penunjuk perasaan mencetuskan kekacauan di balai polis selain melempar bunga api ke arah orang ramai.

Sekurang-kurangnya sebuah van polis dibakar.

"Polis juga mengawasi sejumlah kecil penunjuk perasaan di Bridewell Street," kata jurucakap polis.

Menurut Sky News, RUU itu akan memberi polis di England dan Britain lebih banyak kuasa untuk mengenakan syarat pada protes aman. Mereka yang disabitkan mengikut RUU itu boleh dikenakan denda atau penjara.

Perhimpunan besar-besaran ketika ini dilarang berdasarkan Undang-Undang Covid-19.

Pada Sabtu lalu, lebih 30 orang ditahan semasa tunjuk perasaan antisekatan pergerakan di London.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 1:12 PM