SEORANG petugas kesihatan di unit ICU di sebuah hospital di Paris. FOTO AFP
SEORANG petugas kesihatan di unit ICU di sebuah hospital di Paris. FOTO AFP
AFP

Paris: Unit rawatan rapi (ICU) di hospital di wilayah di Paris hampir penuh dengan pesakit Covid-19.

Ketika ini, doktor dilaporkan menangguhkan pembedahan yang tidak perlu dilakukan segera untuk memastikan lebih banyak katil.

Lonjakan kes Covid-19 itu menjelang mesyuarat tergempar kerajaan pada Rabu, dengan pegawai berharap untuk mengelak sekatan pergerakan (lockdown) baharu, ketika varian United Kingdom (UK) menular di Perancis.

Perintah berkurung pada jam 6 petang kini berkuat kuasa di seluruh negara, dengan lockdown pada hujung minggu di wilayah utara, Pas-de-Calais, di mana pemindahan pesakit Covid-19 kurang serius dilaksanakan minggu lalu, dan di wilayah Mediterranean di sekeliling Nice.

Di Paris dan kawasan pinggir bandarnya, 1,018 katil di wad ICU sudah dipenuhi daripada 1,050 katil yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19,menurut pihak berkuasa kesihatan.

Ia adalah kali pertama jumlah itu melebihi 1,000 sejak 18 November, apabila Perancis masih dalam lockdown kali kedua.

Secara keseluruhan, Perancis kini mempunyai 3,918 pesakit Covid-19 di ICU, berbanding jumlah sehingga 4,900 ketika gelombang kedua virus itu, pada musim gugur lalu, atau 7,000 pada kemuncak penularan pada musim bunga lalu.

Pihak berkuasa negara itu merekodkan 299 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 89,000.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 12:02 PM