PANDA bernama Bei Bei di sebuah pusat kajian dan konservasi di
PANDA bernama Bei Bei di sebuah pusat kajian dan konservasi di
Agensi

Beijing: Akibat kelakuan buruk, sekumpulan pelancong diharamkan secara kekal oleh Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu China, menurut CNN.

Kenyataan disiarkan pada akaun WeChat rasmi institut penyelidikan panda berkenaan dengan mengatakan bahawa 12 orang, berumur 26 hingga 61, diberi larangan seumur hidup.

Kesalahan mereka termasuk meludah ke kawasan permainan luar panda dua kali berturut-turut dan membaling roti, telur, batang lolipop, rokok, dan rebung.

Panda bernasib baik kerana tidak terjejas oleh aktiviti jahat mereka.

Menurut CNN, institut penyelidikan itu tidak mengenal pasti secara terbuka mana-mana tetamu yang dilarang atau kewarganegaraan mereka.

Institut itu, yang juga salah satu tarikan pelancong paling popular di Chengdu, mempunyai arahan pelawat terperinci di laman web mereka.

"Sila ambil perhatian mengenai keselamatan anda sendiri dan haiwan.

"Berdiam diri dan jauhi haiwan, membuang sampah, meludah, membuang makanan ke dalam medan aktiviti haiwan, dan tingkah laku lain yang mengancam keselamatan haiwan adalah dilarang," tulis nota arahan itu.

Mana-mana individu yang melanggar peraturan berdepan hukuman termasuk kritikan dan pendidikan, larangan satu tahun, lima tahun, atau larangan seumur hidup daripada memasuki taman. Hukuman penalti bergantung pada tahap pelanggaran.

Pangkalan Penyelidikan Chengdu Pembiakan Panda Gergasi yang ditubuhkan di Sichuan, China,

pada 1987.

Ia dengan matlamat memulihkan habitat semula jadi panda gergasi sambil berkhidmat sebagai institusi penyelidikan terkemuka, hab pendidikan pemuliharaan dan destinasi pelancongan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 11:57 AM