Orang ramai menyertai Festival BaoBao. FOTO Baidu
Orang ramai menyertai Festival BaoBao. FOTO Baidu
Topi bayi atau kanak-kanak dipakaikan di kepala lelaki yang dipilih menjadi bapa angkat. FOTO Baidu
Topi bayi atau kanak-kanak dipakaikan di kepala lelaki yang dipilih menjadi bapa angkat. FOTO Baidu
Agensi

Beijing: Satu adat Cina yang popular sejak 300 tahun lalu, La Bao Bao menyaksikan orang ramai melawat taman untuk mencari individu tidak dikenali untuk menjadi bapa angkat kepada anak mereka dipercayai membawa kesihatan yang baik.

Tradisi lazim di Guanghan, wilayah Sichuan di barat daya China, dikenali sebagai Festival Baobao dan biasanya diadakan pada hari ke-16 bulan lunar pertama.

Bao bao bermaksud bapa angkat dalam dialek Sichuan.

Adat berusia 300 tahun itu bermula sejak zaman Kangxi dinasti Qing tahun 1644 hingga 1911 sebelum berkembang untuk mengubati semua penyakit.

Selepas meraikan Pesta Tanglung pada hari kelima bulan lunar pertama, orang ramai akan memakai pakaian perayaan dan keluar untuk hari itu.

Mengikut kepercayaan, bersiar-siar akan mengelakkan penyakit dan membawa tuah dan kemakmuran.

Lagenda mengatakan, bersiar-siar seorang ibu dan anak perempuan bertemu dengan beberapa orang yang cuba mengganggu anak perempuan itu.

Gangguan itu berterusan sehingga mereka sampai ke pejabat majistret di mana ibu mengisytiharkan, anak perempuannya itu akan berjumpa bapa angkatnya di pejabat itu.

"Mengapa kamu masih mengikuti kami?" tanya wanita itu kepada orang yang mengganggu berkenaan.

Majistret mendakwa, anak itu adalah anak angkatnya dan individu itu melarikan diri.

Kisah ini membawa orang ramai untuk mula mencari bapa angkat semasa keluar musim bunga yang secara beransur-ansur berkembang menjadi adat.

Sejak 1985, festival itu menjadi acara kebudayaan tahunan sehingga menarik orang ramai yang tidak sabar untuk mencari atau menjadi bapa angkat.

Biasanya, kanak-kanak yang mencari bapa angkat ialah berumur di bawah 10 tahun.

Orang dewasa yang berharap untuk menjadi bapa angkat pula akan berpakaian elok bertujuan kelihatan bertuah untuk meningkatkan peluang mereka dipilih.

Semasa perayaan itu, fasilitator bergaul dengan orang ramai dengan topi bayi dan kanak-kanak yang akan meletakkannya di atas kepala bakal bapa angkat apabila mereka menemui seseorang yang sesuai dan memperkenalkannya kepada ibu bapa kanak-kanak itu.

Sebaik sahaja ibu bapa bersetuju, mereka menyerahkan anak itu kepada orang yang dipilih sebelum mengangkat anak itu yang melambangkan hubungan.

Seterusnya, mereka melawat tukang tilik untuk memadankan tarikh lahir dan merasmikan hubungan itu.

Adat resam tempatan menetapkan bapa angkat itu tidak boleh menjadi sukarelawan dan mesti dipilih selalunya dengan bantuan saudara-mara dan rakan-rakan atau hadirin dan fasilitator lain.

Biasanya, lelaki pertengahan umur yang kelihatan kaya menjadi pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 2:25 PM