Penduduk Palestin berjalan berhampiran bangunan yang runtuh di Beit Lahia, utara Gaza. - FOTO Reuters
Penduduk Palestin berjalan berhampiran bangunan yang runtuh di Beit Lahia, utara Gaza. - FOTO Reuters
Reuters

Doha: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken memberitahu, Hamas mencadangkan banyak perubahan terhadap cadangan gencatan senjata yang dibentangkan oleh negara itu.

Antony berkata, bagaimanapun negara-negara pengantara bertekad untuk merapatkan jurang yang timbul berikutan beberapa perubahan yang diminta oleh Hamas.

Pemimpin kanan Hamas berkata, pihaknya menuntut untuk memilih senarai 100 rakyat Palestin dengan hukuman jangka panjang untuk dibebaskan dari penjara Israel.

Hamas juga membantah dokumen Israel yang mengecualikan 100 tahanan Palestin dengan hukuman tinggi yang sudah kenal pasti.

Ia turut membantah tempoh masa untuk membebaskan banduan dengan hukuman tinggi kepada tidak lebih daripada 15 tahun baki hukuman.

"Tiada pindaan penting yang menurut pimpinan Hamas, memerlukan bantahan," katanya.

Sebelum ini, Hamas menafikan dakwaan AS bahawa ia cuba meminda cadangan gencatan senjata Palestin dan Israel dengan membawa beberapa idea baharu.

Pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, sebaliknya mengulangi pendirian pergerakan itu bahawa Israel yang menolak cadangan gencatan senjata, sekali gus mendakwa AS bersetuju dengan sekutu rapatnya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 4:52 PM