LAPANGAN Terbang Kolkata. FOTO X
LAPANGAN Terbang Kolkata. FOTO X
BERNAMA

New Delhi: Lapangan terbang Kolkata, India akan ditutup selama 21 jam berikutan Siklon Remal dijangka bertemu daratan di Bangladesh dan beberapa tempat di negeri Benggala Barat, India pada Ahad.

"Operasi penerbangan akan digantung dari 12 tengah hari Ahad sehingga 9 pagi Isnin berikutan ramalan hujan yang sangat lebat dan angin kencang di Kolkata," kata pihak lapangan terbang itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Remal akan secara intensif berubah kepada ribut siklon yang kuat menjelang pagi Ahad serta merentasi antara Bangladesh dan kawasan pantai Benggala barat sekitar tengah malam, ramal jabatan cuaca India.

Polis Kolkata juga telah menubuhkan sebuah pusat kawalan, yang turut melibatkan wakil agensi pengurusan bencana dan jabatan perbandaran untuk bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan akibat siklon itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 1:22 PM