PENDUDUK menunaikan solat sunat Aidilfitri di runtuhan Masjid Al-Farouk di Rafah, selatan Gaza. FOTO Reuters
PENDUDUK menunaikan solat sunat Aidilfitri di runtuhan Masjid Al-Farouk di Rafah, selatan Gaza. FOTO Reuters
Agensi

Gaza: Dron tentera Israel masih bergelar di Rafah, selatan Gaza, pada hari raya pertama Aidilfitri, lapor Tareq Abu Azzoum, wakil Al-Jazeera yang berada di kawasan itu.

Kehadiran dron itu seakan mengingatkan rakyat Palestin bahawa tiada rasa selamat, walaupun pada hari yang sepatutnya menjadi hari untuk bergembira untuk umat Islam.

Menurut Tareq, rakyat Palestin berada di Rafah tetap meraikan hari raya dengan berkumpul, mengucapkan selamat hari raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Ia meskipun mereka dikelilingi kemusnahan dan diselubungi kesedihan.

Malam tadi, ketika rakyat Palestin bersiap sedia untuk bergembira dengan ketibaan hari raya, jet pejuang Israel menyasarkan beberapa kediaman di Rafah.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan kesedihannya terhadap keganasan yang menjejaskan umat Islam di Gaza dan di tempat lain dalam ucapan tahunannya untuk Aidilfitri.

"Hati saya hancur apabila mengetahui bahawa di Gaza, Sudan dan banyak lagi tempat lain, kerana konflik dan kelaparan, begitu ramai umat Islam tidak akan dapat menyambut Hari Raya dengan baik," kata Guterres dalam mesej video yang disiarkan di X.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 33,360 rakyat Palestin terbunuh dan 75,993 lagi cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Jumlah itu berdasarkan angka rasmi daripada kementerian kesihatan Gaza, pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 1:17 PM