GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
Reuters

Jakarta: Nelayan Indonesia bertungkus-lumus menyelamatkan berpuluh-puluh Rohingya selepas air pasang menyebabkan bot mereka terbalik di perairan wilayah Aceh, kata seorang ketua nelayan wilayah.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 2,000 Rohingya telah tiba sejak Oktober tahun lalu.

Lebih 50 Rohingya berdiri di atas badan kapal berhampiran bandar Meulaboh di Aceh Barat selepas bot itu karam dalam air pasang, kata Miftach Tjut Adek, ketua komuniti nelayan di wilayah itu.

"Kami, sebagai nelayan, bertanggungjawab untuk membantu mereka," katanya kepada Reuters, sambil menambah bahawa penyelamat menghadapi cuaca buruk untuk mengeluarkan mereka dari kapal yang karam.

Reuters tidak dapat menentukan berapa ramai Rohingya berada di perairan itu atau ke mana arah tujuan mereka.

Kerajaan wilayah Aceh Barat dan agensi pelarian UNHCR tidak memberikan sebarang komen buat masa ini.

Selama bertahun-tahun, Rohingya telah meninggalkan Myanmar di mana mereka secara amnya dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan, dinafikan kewarganegaraan dan tertakluk kepada penderaan.

Pada 2023 sekurang-kurangnya 569 Rohingya mati atau hilang ketika cuba melarikan diri dari Myanmar atau Bangladesh, angka tertinggi sejak 2014, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 5:25 PM