ORANG ramai berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin di Madrid pada 1 Mac. FOTO AFP
ORANG ramai berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin di Madrid pada 1 Mac. FOTO AFP
Bernama-Anadolu

Ankara: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).

November lalu, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan, termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 10:50 AM