KANAK-KANAK Palestin bermain berhampiran khemah di Rafah, yang menjadi tempat tinggal mereka, susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP
KANAK-KANAK Palestin bermain berhampiran khemah di Rafah, yang menjadi tempat tinggal mereka, susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP
BERNAMA

Tehran: Seramai 25,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat serangan berterusan Israel di wilayah terkepung itu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean.

Agensi Berita Iran (Irna) yang memetik Agensi Berita Sama Palestin melaporkan, kanak-kanak di Gaza kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Oktober lepas, iaitu hari pertama Israel memulakan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bilangan kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel di Gaza, meningkat kepada 26,422 orang, manakala 65,087 lagi cedera.

Serangan berterusan tentera penceroboh ke atas bangunan kediaman, kem-kem pelarian dan hospital kini memasuki hari ke-115 dengan menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada penduduk Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 3:01 PM