ASAP tebal susulan serangan udara Israel di kampung di selatan  Lubnan. FOTO fail AFP
ASAP tebal susulan serangan udara Israel di kampung di selatan Lubnan. FOTO fail AFP
AFP

Beirut: Serangan Israel membunuh orang awam di sebuah bandar sempadan di selatan Lubnan pada Rabu, seorang pegawai tempatan memberitahu AFP, ketika ketegangan serantau memuncak di tengah-tengah perang Gaza.

Datuk Bandar Kfarkila Hasan Sheyyet berkata, seorang penduduk "maut semasa serangan artileri Israel ketika dia berada di tamannya".

Agensi Berita Nasional rasmi mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu sebagai Hasan Ali Tawil. Ia berkata, dia terbunuh apabila "sebutir peluru meriam Israel jatuh berhampiran rumahnya di Kfarkila."

Sejak meletusnya perang antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober, sempadan Lubnan-Israel menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara tentera Israel dan Hizbullah yang juga sekutu Hamas.

Hizbullah berkata, ia menyasarkan tapak tentera Israel untuk menyokong Gaza.

Tentera Israel bertindak balas dengan serangan udara dan artileri, mengatakan ia menyasarkan infrastruktur Hizbullah dan pergerakan pejuang di sekitar sempadan.

Hizbullah meratapi kematian salah seorang pejuangnya pada pagi Rabu, selepas serangan Israel menyasarkan rumahnya di bandar Kfarshuba, pada waktu subuh.

Sejak peningkatan insiden di sempadan, 188 orang terbunuh di Lubnan, termasuk 141 anggota Hizbullah dan lebih 20 orang awam, antaranya tiga wartawan, menurut AFP.

Tentera Israel berkata, 14 orang Israel terbunuh, termasuk sembilan tentera.

Timbalan ketua Hamas, Saleh al-Arouri, bersama enam rakannya dalam serangan udara Israel di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut, pada 2 Januari.

Selain itu, serangan Israel di Lubnan turut membunuh komander medan tertinggi Wissam Tawil, pada Isnin lalu .

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 10:01 AM