SISTEM antipeluru berpandu Iron Dome Israel memintas roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza, pada 1 Disember. FOTO Reuters.
SISTEM antipeluru berpandu Iron Dome Israel memintas roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza, pada 1 Disember. FOTO Reuters.
AFP

Semenanjung Gaza: Hamas memaklumkan seramai 240 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak jeda kemanusiaan tamat, pada Jumaat.

Seramai 650 lagi cedera dalam beratus-ratus serangan udara, artileri dan pengeboman di laut di kebanyakan lokasi di Semenanjung Gaza, katanya dalam kenyataan.

Katanya, tentera Israel seolah-olah sengaja mensasarkan Khan Younis, yang mana berpuluh-puluh rumah musnah dengan penghuninya di dalamnya.

Sementara itu, tentera Israel pada Sabtu berkata, ia sudah menyerang lebih 400 'sasaran pengganas' di Semenanjung Gaza sejak jeda pertempuran dengan Hamas berakhir.

Tentera udara, tentera laut dan darat terbabit, katanya.

Menurutnya, jet pejuang mengenai 'lebih 50 sasaran' dalam serangan meluas di kawasan Khan Younis' di selatan wilayah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 4:13 PM